Assalamualikum...
Disini saya ingin berkongsikan travelog perjalanan saya
kepada anda yang sedang membaca entri saya. Travelog perjalanan yang hendak
saya kongsikan ini adalah atas pengalaman saya sendiri yang pernah pergi
mengembara bersama satu keluarga yang begitu ramai untuk pergi ke sebuah pulau
di negeri Sabah bawa bayu iaitu pulau Bohey Dulang yang terletak di perairan daerah Semporna. Anda pasti
tahu daerah semporna banyak tempat yang menarik terutama pulau-pulau yang serba
cantik.
Pertama kali apabila sahaja kami tiba di daerah Semporna,
sabah pada jam 7.00am kami tunggu di sebuah jeti yang memang khas untuk kesemua
pelancong yang hendak ke pulau di arah pergi ke tempat itu untuk
menunggu ketibaan beberapa bot untuk membawa kami pergi ke pulau tersebut. Antara gambar yang boleh saya kongsikan
kepada kamu semua ialah:
ini lah jeti tersebut..
Seterusnya, lepas sahaja kami menaiki bot-bot tersebut kami terus bergerak menuju ke pulau yang indah lagi menarik ini dalam lebih kurang 2 jam baru tiba ke lokasi tersebut. Setelah sahaja hampir sampai kelihatan dari jauh pulau tersebut kami sekeluarga tergamam kerana melihat bentuk pulau tersebut sangat menarik yang dikatakan sebagai dulang, cuba lihat gambar dibawah, menarik bukan?
Selepas sahaja kami sekeluarga tiba ke pulau tersebut kami pun turun dengan seronoknya kerana perasaan yang tidak sabar itu untuk mendaki ke atas puncak sudah berkobar-kobar, kamu semua mesti tertanya-tanya nak naik atas mana kan? hehe.. jangan risau gambar ada terpapar dibawah. boleh lah lihat
haa panjat dekat atas tu lah....
Kami sekeluarga naik atas ni memang semua penat sangat, sehinggakan adik saya seorang sampai naik pitam mahu pengsan sebab terlalu penat dan rasa tidak larat untuk teruskan naik sampai ke puncak itu. Rasanya semua kami rasa macam mahu putus asa. Tetapi fikir-fikir semula mesti rasa rugikan bayar mahal-mahal tidak mahu naik untuk tengok view dekat puncak tu. Jadi kami sekeluarga pun berpakat berusaha naik untuk sampai ke puncak tersebut walaupun nafas hujung-hujung tanduk lah katakann.. Apabila sahaja kami sampai kepuncak , memang tidak terkata dan memang sangat berbaloi dan langsung tidak merasa kesal walaupun penat kami tadi sudah sampai ke tahap kritikal tapi bila sahaja telah nampak pemandangan ,fuhhhh lawa sangat.. memang beruntunglah, mesti korang nak tengok macam mana view yang saya katakan tadi tu kn? relaksss saya akan paparkan kat bawah tu...
cantik sangat kan...
'Subahanallah indah sungguh citptaan Allah'
Okay.. itu sahaja dari saya ,kalau kamu semua yang belum pernah jejak kaki ke pulau ni silalah pergi, kedatangan anda dialu-alukan, percayalah dijamin SERONOK dan tak menyesal.. hehe
#BBK3410 #UPM #2016/2017
Dafabet Sports Betting - Legit UK Sports Betting Site
ReplyDeleteYou can now bet365 legally bet with Dafabet, the world's favourite betting クイーンカジノ site. Dafabet is the 다파벳 world's best bookmaker with sports betting, casino, horse racing