Friday, 28 October 2016

PANDANGAN TERHADAP DUNIA SASTERA




 Assalammualaikum....

Disini saya ingin cerita mengenai sastera. Pertama sekali mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ini mula diperkenal pada 1957. Pada pandangan saya matlamatnya ini untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebuda-yaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Peranan utama sastera ialah membina insaniah dalam kehidupan manusia. Manakala dalam alam masyarakat berasaskan sains dan teknologi seperti di Malaysia, kehadiran sastera sangat bererti. Tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan unsur penting kehidupannya. Hakikat ini ditegaskan oleh John Naisbitt, melalui bukunya yang bertajuk High Tech High Touch, mengatakan bahawa ada teknologi (high tech) yang memabukkan manusia kerana mencengkam semangat manusia dan meningkatkan pencarian manusia tentang makna atau kepastian. Hasilnya, manusia berada dalam keadaan yang kompleks, dan sering pula terperangkap dengan hubungan yang bersifat paradoksikal antara teknologi dengan usaha mencari makna.

Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kita pula sebagai anak muda haruslah mewarisi jiwa sastera pada masa kini supaya karya sastera ini terus berkembang dari zaman ke zaman agar tidak pupus. Bak kata, masyarakat yang maju ialah masyarakat yang mampu berfikir tentang kehidupan dan sastera bererti kerana memiliki kemampuan ini. Percayalah..


#BBK3410 #UPM #16/17

No comments:

Post a Comment