Tuesday, 25 October 2016

MAKANAN TRADISI SABAH (AMBUYAT)

 
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia, sagu yang boleh diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok Rumbia. Di Brunei, sagu Rumbia dikenali sebagai Ambulung. Proses untuk menghasilkan Ambulung pula dikenali sebagai proses Mengarus. Proses Mengarus selalunya mengambil masa selama sehari. Pada masa kini, sagu Rumbia atau Ambulung boleh didapati di pasar-pasar atau tamu-tamu di Sabah dalam bentuk packet.

Cara menghasilkan ambuyat :
1. Masukkan air kedalam cerek kemudian didihkan dia selama 20minit.
2. letakkan sagu ambuyat kedalam bekas, kemudian hancurkan sagu tersebut.
3. Tuangkan air yang telah mendidih itu kedalam bekas sagu tersebut kemudian gaulkan secara pelan pelan  sehingga menjadi kental.
4. Setelah itu bolehlah letakkan di pinggan atau mangkuk untuk hidangan nanti :) 

   Yeaahhhhh...nanti dia akan jadi seperti ini :)
Setelah ambuyat telah siap disediakan, ambuyat tersebut hanya sesuai dimakan dengan ikan rebus masak kunyit beserta limau dan letakkan lada sekiranya ingin berasa pedas. Makanan ini sangat terkenal di Sabah kerana terdapat khasiat selepas memakan ambuyat ini antaranya ialah kulit akan kelihatan cerah dan halus.

Saya sebagai orang sabah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di negeri orang sangat merasa rindu untuk makan ambuyat ini dengan duduk bersama keluaga yang tercinta. Harap-harap selepas sahaja final sem bulan 12 nanti balik cuti saya pasti akan singgah ke pasar  mencari ambuyat untuk melunaskan craving saya yang sekian lama  belum lagi dilunaskan. 
Sekiranya, anda berpeluang ke Sabah rasalah ambuyat ini dijamin SEDAP dan MANTAP :)

'INSYAALLAH'

Sekian dan terima kasih..

3 comments:

  1. maklumat yang baik, boleh saya ambil maklumat ni untuk dijadikan sebagai topik projek assignments saya.

    ReplyDelete
  2. Step ke 2 tu sepatutnya di campur sedikit air untuk mencairkan sagu tersebut.
    Ambuyat sedap juga di makan cicah kuah tumis ikan sardin dalam tin atau kuah kari.

    ReplyDelete
  3. Sebelah lawas memang macam Tu Cara masaknya,tanpa dicairkan dengan air sejuk terlebih dahulu,tapi mun d Papar sebaliknya

    ReplyDelete