Tuesday 25 October 2016

Sesebuah pengalaman

Assalamualaikum.. :)

Disini saya ingin berkongsikan tentang faedah ataupun manfaat sepanjang  sebulan saya berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam mempelajari subjek penglahiran bakat kreatif (BBK3410) ,saya telah mendapati banyak pengalaman dan kebaikan yang saya perolehi dalam subjek tersebut. Antaranya ialah saya dapat mempelajari bagaimana kita hendak menjadi seseorang penulis muda dalam menceburi bidang sastera. Dengan secara tiba-tiba saya juga mendapat tarikan yang mendalam terhadap karya sastera yang telah saya pelajari. Hal ini disebabkan oleh sebuah tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan oleh pensyarah kami iaitu DR.KAMARIAH BINTI KAMARUDIN yang telah menugaskan kepada kami baru-baru ini untuk mencari seorang tokoh sasterawan yang terkenal untuk kami menemu ramah sasterawan negara tersebut. Dengan pengalaman sebegitu saya telah mendapat sumber inspirasi yang tinggi dari seorang tokoh sasterawan yang telah saya temu ramah iaitu PROF MADYA DR HJ ARBAK OTHMAN. Beliau banyak memberi nasihat terhadap kumpulan kami supaya dapat menceburi dalam bidang karya sastera tanpa henti. Saya berasa sangat beruntung dan berterima kasih kepada pensyarah kami kerana memeberi peluang untuk kami dapat menjalankan tugasan ini dengan sempurna serta dapat pula berjumpa dengan tokoh sasterawan negara. Harapan saya dalam kelas penglahiran bakat kreatif (BBK3410) ialah semoga semua pelajar dalam kelas tersebut dapat mengeluarkan karya masing-masing dengan hebatnya serta terus berjuang dalam menceburi bidang sastera ini dengan tanpa berputus asa dan henti. Sekian sahaja dari saya:

Bunga melur bunga melati,
lain hari saya tulis lagi.




sekian dan terima kasih.. :)

No comments:

Post a Comment