Friday, 28 October 2016

TARIAN TRADISI SUKU KAUM SABAH

Assalamualaikum .. disini sekali lagi saya ingin memperkenalkan tarian tradisional dengan pelbagai suku kaum yang ada di Sabah. Antaranya :

Tarian Sumazau (Kadazan)





Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu.
Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan kampung.
Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasanya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.
Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.
Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.


Tarian Brunsai (Bajau)

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. 


Di majlis-majlis tertentu sumazau juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam. Brunsai biasanya ditarikan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.Tarian Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau.Alunan suara tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir. Brunsai biasanya diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.


Tarian Bolak-bolak (Suluk)


Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan. Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
Pada masa yang akan datang ruangan ini juga akan memperkenalkan beberapa lagi tarian tradisional yang telah menjadi identiti kepada beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah.



Itu sahaja yang saya dapat kongsikan bersama anda semua.. :) 
Sekian..



#BBK3410 #UPM #16/17


PERMAINAN TRADISIONAL DI SABAH (SEPAK MANGGIS)

Assalamualaaikum.. disini saya ingin berkongsi tentang permainan tradisional yang ada di Sabah iaitu dipanggil sebagai sepak manggis.


Sejarah
Sepak Manggis merupakan satu sukan tradisi dari suku kaum Bajau dan Dusun Tindal dari Kota Belud, Sabah. Sukan Tradisi ini akan dimainkan semasa pesta keramaian seperti majlis perkahwinwn.
Peralatan
1. Satu biji Bola Takraw
2. Satu batang Bambu panjang
3. Kotak berhias yang bergantung wang, gula-gula, makanan ringan, sapu
tangan, rokok atau sebagainya
kotak berhias

CARA DIMAINKAN / PERATURAN PERMAINAN :

Bambu yang panjangnya antara 15 m – 25 m dipacakkan diatas tanah dan dihujung bambu itu ada diikat kotak berhias dan berisikan hadiah biasanya wang tunai. Pasangan pengantin diiringi pengapit dan ibubapa pengantin akan mengelilingi tiang bambu sebanyak tujuh (7) kali. Kemudian penngantin perempuan (isteri ) akan membaling bola takraw kepada si suami dan suami akan menyepak bola takraw ke arah kotak berhias yang digantung di atas bambu. Percubaan sebanyak 7 kali dan diikuti pengapit, Setelah pengantin menyepak bola takraw ini menandakan permainan ini telah bermula.
Oleh kerana kotak berhias itu terlalu tinggi maka sukar untuk mengenakan dan permainan ini terbuka kepada orang ramai, tidak kira lelaki, perempuan, kanak-kanak ataupun orang tua. Mereka berbaris untuk menunggu gilira menyepak bola takraw tersebut. Permainan ini juga merupakan satu keseronokan . Jika ada pemenang yang dapat mengenakan kotak tersebut maka semua hadiah didalam kotak tersebut adalah milik pemenang tersebut . Jika tiada pemenang maka jarak kotak tersebut direndahkan sehinggalah ada seorang pemenang.


#BBK3410 #UPM #16/17

PAKAIAN TRADISI ORANG SABAH (BAJAU)

Assalamualaikum.. disini saya sebagai orang sabah dan bersuku kaum bajau ingin memperkenalkan tradisi baju kami..
 




Baju Tradisional Bajau


 Sumandak Bajau
 

Bajau :

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagaikumpulan etnik kedua terbesar di negarabahagian Sabah. Pakaian tradisi biasanya dipakai pada sesuatu majlis dan perayaan yang disambut oleh kaum bajau. Samaada majlis kahwin adalah salah satu. Baju ini dipakai ketika majlis kahwin kerana ingin melambangkan suatu adat tersebut.




#BBK3410 #UPM #16/17

PANDANGAN TERHADAP DUNIA SASTERA




 Assalammualaikum....

Disini saya ingin cerita mengenai sastera. Pertama sekali mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ini mula diperkenal pada 1957. Pada pandangan saya matlamatnya ini untuk membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan, kebuda-yaan, kewarganegaraan, menanam perasaan bangga dan cinta tanah air dalam satu wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Peranan utama sastera ialah membina insaniah dalam kehidupan manusia. Manakala dalam alam masyarakat berasaskan sains dan teknologi seperti di Malaysia, kehadiran sastera sangat bererti. Tanpa sastera, masyarakat maju kehilangan unsur penting kehidupannya. Hakikat ini ditegaskan oleh John Naisbitt, melalui bukunya yang bertajuk High Tech High Touch, mengatakan bahawa ada teknologi (high tech) yang memabukkan manusia kerana mencengkam semangat manusia dan meningkatkan pencarian manusia tentang makna atau kepastian. Hasilnya, manusia berada dalam keadaan yang kompleks, dan sering pula terperangkap dengan hubungan yang bersifat paradoksikal antara teknologi dengan usaha mencari makna.

Sasterawan Negara Profesor Emeritus Dato’ Dr Shahnon Ahmad (1991) menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaiki kehidupan mereka.

Kita pula sebagai anak muda haruslah mewarisi jiwa sastera pada masa kini supaya karya sastera ini terus berkembang dari zaman ke zaman agar tidak pupus. Bak kata, masyarakat yang maju ialah masyarakat yang mampu berfikir tentang kehidupan dan sastera bererti kerana memiliki kemampuan ini. Percayalah..


#BBK3410 #UPM #16/17

HOSPITAL JB HANGUS DIJILAT API (25 OKTOBER)

Assalammualaikum....



25OKT - Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan kerana terjadinya kebakaran sebuah hospital besar di Johor Baru. Semasa kejadian itu terdapat enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA). Saya sebagai pelajar di Universiti Putera Malaysia berasa sangat simpati dengan kejadian yang mengejut itu berlaku. Sudah semestinya perkara ini tersebar dilaman sosial dan terlalu banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh penulis-penulis media sosial samaada benar ataupun tidak tetap sahaja di viral kan. Benda seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya boleh menimbulkan rasa panik terhadap khalayak ramai sedangkan perkara yang disebarkan adalah tidak benar.

Akhir sekali, saya mengucapkan salam takziah buat yang telah kehilangan keluarga semasa kejadian itu berlaku. Semoga yang telah tiada itu Allah tempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin...


#BBK3410 #UPM #16/17

TRAVELOG (BOHEY DULANG ISLAND)



Assalamualikum...


Disini saya ingin berkongsikan travelog perjalanan saya kepada anda yang sedang membaca entri saya. Travelog perjalanan yang hendak saya kongsikan ini adalah atas pengalaman saya sendiri yang pernah pergi mengembara bersama satu keluarga yang begitu ramai untuk pergi ke sebuah pulau di negeri  Sabah bawa  bayu iaitu pulau Bohey Dulang yang terletak di perairan daerah Semporna. Anda pasti tahu daerah semporna banyak tempat yang menarik terutama pulau-pulau yang serba cantik.
Pertama kali apabila sahaja kami tiba di daerah Semporna, sabah pada jam 7.00am kami tunggu di sebuah jeti yang memang khas untuk kesemua pelancong yang hendak ke pulau di arah  pergi ke tempat itu untuk menunggu ketibaan beberapa bot untuk membawa kami pergi ke pulau tersebut.  Antara gambar yang boleh saya kongsikan kepada kamu semua ialah:
ini lah jeti tersebut..

Seterusnya, lepas sahaja kami menaiki bot-bot tersebut kami terus bergerak menuju ke pulau yang indah lagi menarik ini dalam lebih kurang 2 jam baru tiba ke lokasi tersebut. Setelah sahaja hampir sampai kelihatan dari jauh pulau tersebut kami sekeluarga tergamam kerana melihat bentuk pulau tersebut sangat menarik yang dikatakan sebagai dulang, cuba lihat gambar dibawah, menarik bukan?
Selepas sahaja kami sekeluarga tiba ke pulau tersebut kami pun turun dengan seronoknya kerana perasaan yang tidak sabar itu untuk mendaki ke atas puncak sudah berkobar-kobar, kamu semua mesti tertanya-tanya nak naik atas mana kan? hehe.. jangan risau gambar ada terpapar dibawah. boleh lah lihat
haa panjat dekat atas tu lah.... 


Kami sekeluarga naik atas ni memang semua penat sangat, sehinggakan adik saya seorang sampai naik pitam mahu pengsan sebab terlalu penat dan rasa tidak larat untuk teruskan naik sampai ke puncak itu. Rasanya semua kami rasa macam mahu putus asa. Tetapi fikir-fikir semula mesti rasa rugikan bayar mahal-mahal tidak mahu naik untuk tengok view dekat puncak tu. Jadi kami sekeluarga pun berpakat berusaha naik untuk sampai ke puncak tersebut walaupun nafas hujung-hujung tanduk lah katakann.. Apabila sahaja kami sampai kepuncak , memang tidak terkata dan memang sangat berbaloi dan langsung tidak merasa kesal walaupun penat kami tadi sudah sampai ke tahap kritikal tapi bila sahaja telah nampak pemandangan ,fuhhhh lawa sangat.. memang beruntunglah, mesti korang nak tengok macam mana view yang saya katakan tadi tu kn? relaksss saya akan paparkan kat bawah tu...
cantik sangat kan...
'Subahanallah indah sungguh citptaan Allah'

Okay.. itu sahaja dari saya ,kalau kamu semua yang belum pernah jejak kaki ke pulau ni silalah pergi, kedatangan anda dialu-alukan, percayalah dijamin SERONOK dan tak menyesal.. hehe


#BBK3410 #UPM #2016/2017


Tuesday, 25 October 2016

MAKANAN TRADISI SABAH (AMBUYAT)

 
Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia, sagu yang boleh diperolehi daripada bahagian dalam batang pokok Rumbia. Di Brunei, sagu Rumbia dikenali sebagai Ambulung. Proses untuk menghasilkan Ambulung pula dikenali sebagai proses Mengarus. Proses Mengarus selalunya mengambil masa selama sehari. Pada masa kini, sagu Rumbia atau Ambulung boleh didapati di pasar-pasar atau tamu-tamu di Sabah dalam bentuk packet.

Cara menghasilkan ambuyat :
1. Masukkan air kedalam cerek kemudian didihkan dia selama 20minit.
2. letakkan sagu ambuyat kedalam bekas, kemudian hancurkan sagu tersebut.
3. Tuangkan air yang telah mendidih itu kedalam bekas sagu tersebut kemudian gaulkan secara pelan pelan  sehingga menjadi kental.
4. Setelah itu bolehlah letakkan di pinggan atau mangkuk untuk hidangan nanti :) 

   Yeaahhhhh...nanti dia akan jadi seperti ini :)
Setelah ambuyat telah siap disediakan, ambuyat tersebut hanya sesuai dimakan dengan ikan rebus masak kunyit beserta limau dan letakkan lada sekiranya ingin berasa pedas. Makanan ini sangat terkenal di Sabah kerana terdapat khasiat selepas memakan ambuyat ini antaranya ialah kulit akan kelihatan cerah dan halus.

Saya sebagai orang sabah yang kini sedang melanjutkan pelajaran di negeri orang sangat merasa rindu untuk makan ambuyat ini dengan duduk bersama keluaga yang tercinta. Harap-harap selepas sahaja final sem bulan 12 nanti balik cuti saya pasti akan singgah ke pasar  mencari ambuyat untuk melunaskan craving saya yang sekian lama  belum lagi dilunaskan. 
Sekiranya, anda berpeluang ke Sabah rasalah ambuyat ini dijamin SEDAP dan MANTAP :)

'INSYAALLAH'

Sekian dan terima kasih..